Rabu, 29 Jun 2011

motivasi kan diri Ku.....

Setiap org dalam bergaul mesti ada tak puas hati, kuarang senang dan benci...
 ini adalah kata2 utk diri Ku sendiri dan sesiapa sahaja...utk sedar kan diri..
sentisa berfikir positif..



1. Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa Anda sedari.

2. Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat kemurkaan Allah, 
Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan Anda.

3. Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.

4. Bila hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. 
Mereka juga akan merasa senang dengan Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.

5. Jika Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan Anda. 
Dia akan merasa kurang senang dengan Anda.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata2 kena jaga jg...sememangNya lidah itu tak bertulang..

---> bahaya lidah adalah:


  1. akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2. akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3. adakalanya  bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10.suka menghina orang lain.
11. menyebarkan rahsia.
12. berjanji lalu mendustai janji itu.
13.  akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
14. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
15. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
16. memuji yang melampau-lampau.


kata2 nie adalah utk ingat kan diri ku sendiri..

Tiada ulasan: